Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2018

'Diorang suka berdiri keliling mesin tu' - Terus meremang bulu romanya mendengar cerita pesakit itu

Jangan teruskan membaca jika anda tidak punya semangat yang kuat. Peristiwa yang berlaku adalah berdasarkan kisah yang diceritakan oleh penulis. Sama ada benar atau sebaliknya, hanya yang mengalaminya saja tahu.  Berikut kisah yang dikongsikan oleh Fairy_Fairy di sebuah laman forum tempatan. MASA saya dan kawan gathering sebab dah lama tak berjumpa, kitorang borak-boraklah tentang kerja. Dalam group ini ada beberapa orang doktor, cerita punya cerita terbukalah cerita tentang pengalaman para doktor ini di hospital. Ada yang lucu dan ada juga yang just plain scary! DOKTOR Y 1. Masa tu time HO dan bertugas di Unit Rawatan Rapi (ICU). Adalah seorang pakcik ini yang pada masa itu tengah intubated, jadi tak dapatlah bercakap. Pakcik ini berada di ICU agak lama juga. Hari yang tube pakcik ini kena buka dan nak pindah ke wad biasa adalah hari saya pergi buat round. Jadi seperti biasa, kitorang akan bertanya kepada pesakit tentang keadaan diorang okey ke tak okey? Saya: "Pakc...

(Video) 'Saya tak tahu apa salah saya' - Intan masih sayang tapi terpaksa akur dan reda

"Segala-galanya terpulang kepada Ude, saya akur dan reda dengan keputusan dan lafaz cerai daripada Ude nanti," demikian kata Intan Liana Saleh meskipun dia sebenarnya enggan perkara itu terjadi.  Muhammad Radzi Abdul Wahid (Ude) dilaporkan mahu menceraikan isteri pertamanya dan menurut peguamnya, antara alasan bercerai adalah kerana tiada persefahaman.  Intan bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenai situasi rumah tangga pada masa ini kerana tidak mahu memburukkan keadaan.  "Bersedia atau tidak, saya tetap kena terima keputusannya. Maaf, saya tidak boleh mengulas lebih lanjut tentang perkara ini," katanya memetik laporan dari mStar Online.  Dalam laporan yang sama, Intan mengakui dia masih menyayangi Ude dan berharap semua orang mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Intan dan dua lagi anaknya berusia tiga dan satu tahun kini masih tinggal di rumah yang disediakan oleh Ude. Menurut Intan lagi, mereka sudah tinggal berasingan semenjak November lalu....

Ude mahu ceraikan Intan, Izreen enggan komen

Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude, 30, suami kepada Intan Liana Saleh dan pelakon Izreen Azminda dilaporkan bakal menceraikan isteri pertamanya, menurut laporan dari mStar Online.  Kedua-dua pasangan itu hadir di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada Rabu bagi urusan lafaz cerai selepas Ude memfailkan permohonan berkenaan terhadap Intan yang dibuat pada 30 November lalu.  Intan hadir ditemani ahli keluarganya kelihatan menitis air mata, manakala Ude pula tiba pada jam 2.30 petang. Hakim Syarie, Shaiful Aziz Jamaludin bagaimanapun membenarkan permohonan peguam yang mewakili Ude, Datuk Mohd Zaidi Md Zain yang memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan menetapkan 22 Mac depan bagi sebutan semula kes. Menurut Mohd. Zaidi, antara alasan penceraian adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu. Ude yang merupakan pemuzik bebas memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut Sek...

'Duit dia dan produk dia, hak dialah nak buat di mana' - Ramai netizen setuju dengan pandangan sinis lelaki ini

PERINGATAN: GOLONGAN 'PEMBARIS' DILARANG BACA. Ramai pihak yang menegur termasuk beberapa ilmuan agama, namun respon yang diterima pula amat mengecewakan apabila isu yang timbul tidak dijawab dengan jawapan yang sepatutnya. Jadi, harus bagaimana ingin menerangkan kepada tuan empunya badan agar beliau faham dengan masalah yang dibangkitkan itu? Bak kata Imam Muda semalam, cara halus tak jalan, mungkin cara sinis boleh diterima. Justeru, lelaki ini tampil memberikan pandangannya berhubung isu pemilihan kelab malam Zouk sebagai tempat untuk pelancaran koleksi tudung artis berkenaan sehingga dikecam hebat netizen.  NEELOFA launching tudung di Zouk. Come on guys, apa masalah dia? Hak dialah nak buat di mana. Duit dia, produk dia, yang korang duk sibuk kecam sana sini dah kenapa? Neelofa kot, successful entrepreneur, Air Asia Non Executive Director, takkanlah tak fikir? Takkanlah dia buat salah? Apa yang dia buat, betul okey.  First, tempat yang dia pilih sah-sah tepat se...

Air percuma untuk rakyat Kedah

Kerajaan Negeri Kedah menawarkan pengecualian caj bekalan air kepada pengguna di negeri itu bagi penggunaan maksimum 20 meter padu sebulan, lapor Astro Awani . Menteri besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata, langkah itu diambil bagi mendidik sifat berjimat dan penggunaan air, di samping membantu rakyat untuk mengurangkan bebanan pembayaran terhadap keperluan asas. "Kita mahu mengajar rakyat berjimat dalam menggunakan air selain membantu mereka mengurangkan beban pembayaran terhadap keperluan asas," katanya selepas merasmikan Insentif Penggunaan Air Percuma oleh Syarikat Air Darulaman (SADA) sempena Hari Air Percuma di sini, hari ini. Katanya, insentif itu diluluskan dalam pembentangan bajet Negeri Kedah 2018, baru-baru ini. Selain itu Ahmad Bashah berkata dengan insentif itu, kerajaan negeri akan menanggung kos sebanyak RM1.5 juta setiap bulan atau RM18 juta setahun.

(Video) 5 lelaki ditahan, disyaki cuba seludup dadah di Lapangan Terbang Sandakan

Lima lelaki ditahan oleh anggota Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) selepas disyaki cuba menyeludup masuk dadah disyaki jenis syabu di Lapangan Terbang Sandakan, Sabah di sini, pada Selasa. Menurut sumber, dadah berkenaan dipercayai disimpan di dalam empat bagasi pakaian yang dirampas daripada lima lelaki itu. Mereka ditahan kira-kira jam 9.30 pagi selepas tiba di lapangan terbang itu dari Kuala Lumpur. Pengarah JKDM Sabah Datuk Hamzah Sundang mengesahkan mengenai tangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut. Katanya kes itu masih dalam siasatan dan akan mengadakan satu sidang media itu dalam masa terdekat mengenai rampasan dadah itu. Dalam pada itu, video dan gambar rampasan dadah serta tangkapan suspek itu tular di media sosial. Gambar dan video itu turut menunjukkan pergelutan ketika pegawai JKDM bersama anggota pasukan keselamatan dibantu orang awam menahan seorang suspek di luar pintu Balai Ketibaan. - BERNAMA

'Yang tak datang saja kecoh' - Neelofa tampil pertahankan diri

Setelah dikecam hebat di media sosial kerana membuat majlis pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam di ibu kota, pengacara dan pelakon, Neelofa tampil mempertahankan tindakannya.  Lapor Harian Metro , Neelofa ketika dihubungi pengacara program MeleTOP, Nabil Ahmad dan Sherry Al Hadad berkata, bahagian dalam pusat hiburan itu sudah ditukar supaya bersesuaian dengan majlis itu.  "Memang tidak ada sebotol pun minuman beralkohol yang orang boleh nampak. Malah tidak ada juga orang menghisap rokok ketika majlis itu berlangsung.  "Siapa yang tak datang saja yang kecoh, tetapi orang yang ada di situ (pusat hiburan) tahu apa yang berlaku," katanya dalam program yang disiarkan secara langsung di Astro Ria malam ini.  Sebelum itu, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah menulis surat terbuka buat Neelofa berhubung penganjuran majlis pelancarannya di pusat hiburan berkenaan.  "Kami sanga...

'Cakap nak tidur dengan aku malam ni?' - Dia terus berlari keluar dari dewan makan tanpa toleh ke belakang

Semenjak peristiwa di bilik tv itu, dia serik dan mengambil keputusan untuk tidur di surau saja. Menyangka itu gangguan terakhir, tetapi dia silap. Ternyata benda itu masih berminat untuk mengusiknya dan kali ini lebih dekat dan bersentuhan.  ONCE again aku datang bawa thread berangkai, cerita seram episod tiga! Marvel boleh buat kau tertunggu sampai bertahun, takkan aku tak boleh? #storypuaka Selepas peristiwa malam itu, aku serik tidur di bilik tv. Aku rela tidur di surau, mandi di tempat ambil wudhuk. Kalau minggu itu budak balik, jam lima petang aku dah sedia barang nak dibawa turun ke surau. Yang peliknya, time budak ada, 'dia' tak kacau pula. Ish!  BACA PART 1: 'Walaupun mata dipejam rapat, aku dapat rasakan kelibat itu lalu di depan' - Hari pertama tinggal seorang diri di asrama sekolah Aku dah macam mubaligh. Tidur di surau, makan di surau. Kalau bosan, aku akan mengaji. Bosan mengaji, aku main tasbih. Bosan main tasbih, aku lipat kain sejadah, jadika...

'Suasana dan muzik buat saya lalai' - Wanita menari dalam video viral di majlis pelancaran koleksi tudung Neelofa tampil beri penjelasan

Video wanita bertudung menari sakan dan menghairahkan pada majlis pelancaran koleksi tudung Neelofa membabitkan seorang personaliti YouTube, dikecam hebat netizen di media sosial. Nisa Kay mengaku tersilap langkah sehingga berkelakuan tidak sepatutnya dalam majlis pelancaran yang berlangsung semalam.  "Saya akui perlakuan saya itu tidak seharusnya berlaku dan sama sekali tidak menggambarkan diri saya sebenar serta imej sebagai wanita bertudung. Saya akui saya tidak memaparkan contoh yang baik, lebih-lebih lagi dengan reputasi yang perlu dijaga," katanya memetik laporan dari mStar Online hari ini.  Nisa tidak menyangka video aksi menari dengan aksi ghairah itu akan viral dan terkejut apabila membaca komen dan posting yang dimuat naik di media sosial.  "Kehadiran saya di acara berkenaan adalah untuk memenuhi jemputan pihak penganjur dan saya tidak seharusnya menyertai permainan perang bibir (lip-sync battle) tersebut. Tetapi memandangkan kumpulan terbabit tidak ...

'Mama nak pergi mana?' - Soalan itu membuatkannya rasa serba salah selepas mengetahui kanak-kanak itu rindukan arwah ibunya

Peristiwa yang berlaku di restoran makanan segera itu benar-benar membuatkan dirinya rasa bersalah. Hazilah Husaimi sendiri tidak menyangka kanak-kanak yang gemar datang menghampirinya pada ketika itu rupa-rupanya merindui arwah ibunya.  Kisah yang dimuat naik oleh rakan Hazilah, Shamira Zamri di Twitter telah dikicau lebih dari 15,000 kali dan rata-rata netizen sebak membacanya. Semoga anda memiliki hati yang kuat untuk membaca kisah ini.  TERINGAT peristiwa di KFC tadi. Ada dua orang budak. Seorang berumur tiga tahun dan seorang lagi dalam lingkungan empat tahun lebih kurang.  Tiba-tiba budak itu tarik baju aku dan kata, "Mama, nak yang tu tau.". Aku sengih saja. Aku pandang bapak dia, bapak dia pun sengih takde cakap apa pun.  Aku dah duduk, diorang pun duduk di sebelah meja aku. Yang si adik itu asyik datang kat aku. "Mama, nak sikit cheezy wedges." "Mama, nak air sikit." "Mama nak itu ini." Aku malaslah nak berkira dengan ...

'Sedih dan terkilan' - Prof Madya tegur Neelofa

Berikut merupakan pandangan dari Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar yang mengulas mengenai isu pelancaran koleksi tudung Neelofa di sebuah kelab malam terkemuka di ibu kota malam tadi.  PELANCARAN HIJAB NEELOFA DI KELAB MALAM THE ZOUK Terasa amat sedih dan terkilan dengan perkembangan terbaru ini. Betapa jauhnya wanita muslim kini dari prinsip dan falsafah sebenar kita memakai hijab.  Hijab adalah identiti yang berkembar rapat dengan taqwa, identiti kita sebagai wanita muslim, yang sepatutnya menjauhi tempat-tempat maksiat, seperti kelab malam apatah lagi The Zouk yang pernah mengundang berbagai kontroversi kerana penangkapan artis muslim yang minum arak dan pertandingan ratu cantik melibatkan peserta Islam suatu masa dahulu. Adakah difikirkan pelancaran hijab itu, boleh mengIslamkan entiti kelab malam seperti The Zouk atau sebenarnya normalisasi yang sedang berjalan bahawa wanita muslim yang bertudung juga sudah bebas boleh mengunjungi kelab malam? Alasan ya...

(Video) 'Saya tak peduli kritikan orang' - Neelofa pilih kelab malam untuk lancar koleksi tudung dan sambut ulang tahun kelahirannya

Tengah malam tadi viral di media sosial beberapa video majlis pelancaran koleksi tudung Be Lofa oleh Neelofa di sebuah kelab malam. Majlis itu turut meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Neelofa yang ke-29.  Bagaimanapun netizen mengecam pemilihan kelab malam yang menjadi pilihan artis berkeaan yang dianggap telah mencemarkan imej wanita berhijab. Lebih teruk lagi, ada beberapa pengunjung yang hadir ke majlis itu turut menari terkinja-kinja mengikut rentak lagu.  Bagi netizen, Neelofa seperti tidak memikirkan sensitivi agama dan juga statusnya sebagai Hajah.  Bagaimanapun, Neelofa tidak mempedulikan segala kritikan netizen mengenai pemilihan lokasi kelab malam itu sebagai tempat pelancaran koleksi tudung dan sambutan ulang tahun kelahirannya.  Baginya, kelab malam itu dipilih kerana sesuai dengan tema dan bajet acara yang dianjurkannya.  "Saya membuat keputusan untuk tidak mempedulikan lagi kritikan orang ramai berhubung mana-mana perkara. Yang pen...

'Tergamak depa tinggalkan mayat anak saya macam itu' - Hancur luluh hati ibu mengetahui anaknya maut ditembak rakan kerana disangka kijang

Foto kiri: Harian Metro Mayat seorang lelaki ditemui terbaring di dalam hutang berdekatan Hentian Rehat dan Rawat (RNR) Bintang Hijau, Jalan Kupang, Gerik, Khamis lalu.  Mayat Mohamad Haniff Mat Zabidi, 24, ditemui orang awam kira-kira jam 4 petang selepas tidak pulang ke rumah sejak empat hari lalu.  Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Ismail Che Isa berkata, hasil temubual dengan keluarga mangsa mendapati, mangsa dipercayai keluar untuk memikat burung di hutan berkenaan sejak Ahad lalu.  Menurut abang sulung mangsa, Mohd Hazwan Mat Zabidi, 29 berkata, adiknya memang minat memikat burung sejak dari dulu lagi dan kali terakhir bertemu dengannya sebulan yang lalu.  Mohd Hazwan | Foto Harian Metro "Adik memang minat memikat burung sejak dulu lagi dan apa yang saya tahu dia masuk ke dalam hutan pada Ahad lalu untuk memikat burung.  "Sudah lama tidak berjumpanya kerana saya bekerja di luar kawasan dan kali terakhir kami bertemu leb...