Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2018

'Kalau minum milo nanti kulit anak hitam, betul ke?' - Dah 2018 pun ada soalan camni

Tidak dinafikan, adakalanya wujud segelintir pengguna Facebook bertanyakan soalan-soalan yang kurang cerdik dan tidak masuk akal. Hendak ditegur, bimbang pula tersentap. Nak dihentak kepala sendiri ke dinding, kita yang sakit. Apa yang boleh dibuat, dua tangan ke bahu dan mata pandang ke atas.  Baru-baru ini, seorang wanita yang sudah tidak dapat menahan kesabarannya menghadap soalan-soalan pelik di sebuah group Facebook, menegur segelintir golongan ibu-ibu berkenaan.  MACAM mana saya boleh berada dalam group Facebook Kelab Ibu Mengandung Malaysia (KIM) ini? Pening kepala saya menghadap soalan-soalan yang tidak masuk akal dalam group ini.  Soalan: "Betul ke minum milo, anak jadi hitam?"  Anak tak hitam kak, tahi awak je jadi hitam. Kenapa tak tanya saja kalau minum sirap, anak keluar jadi warna merah tak? Selepas itu ada jenis bodoh-bodoh alang tunjuk UPT test double line, "Korang rasa ini positive ke negative?". Awak bukannya buat HIV Test. Sebelum a...

Rupa-Rupanya Anuar Zain Ada Masalah Sejak Tahun Lalu, Katanya Kini Sudah Pulih

  Nama penyanyi Anuar Zain memang dikenali dengan kelunakkan suara nya yang mampu membuat bulu roma berdiri. Rupa-rupanya ramai yang tahu tahu bahawa penyanyi ini mempunyai masalah kehilangan suara yang dihadapi sejak tahun lalu. Masalah kehilangan vokal ini berlaku ketika Anuar sedang membuat persiapan untuk Konsert Yonder Music Live yang sepatutnya berlangsung pada 21 Januari, tahun lalu. Situasi itu membuatkan Anuar Zain dikatakan mengalami tekanan teruk. Bagaimanapun, menerusi satu sidang media, adik kepada Ziana Zain ini telah mampu menarik nafas lega apabila, apabila dika kini telahpun pulih sepenuhnya. Sehubungan itu, Anuar Zain berharap para peminat nya tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya lagi. Malah, Anuar kini sudah bersedia untuk kembali beraksi dan membawakan lagu bernada tinggi. Ini komen Anuar Zain: " Saya mengaku sebelum ini saya trauma untuk menyanyi dalam konsert besar. Ini berpunca masalah kehilangan suara sehingga saya menolak me...

'Fayyadh nak masuk syurga'

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un. Perginya seorang anak syurga setelah puas bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi selepas disahkan diserang virus Meningitis with Shock Bronchopnemonia di bahagian otak pada pagi 22 Januari lalu. Hilangnya suara anak yang dirindui, keletahnya meminta susu dan makanan kegemarannya. Sehingga ke saat ini, ibu bapanya masih terasa akan kehadiran si anak. Sungguh kami bersimpati dengan dugaan yang menimpa keluarga ini. Semoga keluarga Muhammad Fahdli tabah menghadapinya. ASSALAMUALAIKUM semua sahabat, ahli syurga. Terima kasih banyak-banyak kepada sahabat-sahabat yang hdir di Masjid BTHO dan tanah perkuburan tempoh hari dan juga kepada yang telah mendoakan kami sekeluarga. Jasa anda memang tidak dapat kami balas dengan kata-kata. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur. Aminn. Anak saya Muhammad 'Aisy Fayyadh boleh saya katakan seorang anak yang baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata dan pandai berdikari. Dia baru saj...

(Video) 'Pelacur! Ambil suami orang!'

Viral di media sosial video dua wanita bergaduh di sebuah restoran sambil disaksikan oleh pelanggan lain yang tergamam melihat kejadian itu.  Dalam kejadian yang dipercayai berlaku di negara jiran itu menunjukkan, si isteri yang berbaju putih menyerang wanita berbaju hitam didakwanya sebagai pelacur yang cuba merampas suaminya.  Lelaki berbaju hijau yang dipercayai suami wanita berkenaan cuba meleraikan pergaduhan itu, namun si isteri bertindak agresif dan cuba menyerang kekasih suaminya bertubi-tubi.  Pada video kedua, si isteri sempat mencapai cawan dan melemparkan terus ke arah kekasih suaminya, tetapi tersasar apabila cawan tersebut terkena pada dinding premis makanan itu.  Berang dengan tindakan si isteri, kekasih suami kemudian terus memukul muka si isteri dan kedua-duanya terus bertumbuk sehingga terjatuh ke lantai.  Ketika kejadian, beberapa individu yang lain cuba membantu meleraikan pergaduhan itu. Kejadian itu turut dirakam pelangga...

'Menunjuk semasa memberi sedekah, adakah betul Dato' beragama Islam?' - Deep! Netizen tegur sikap menunjuk jutawan kosmetik

Baru-baru ini, pengasas D'Herbs, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman, memuat naik gambar jagung bakar yang dibelinya ketika berada di Lombok, Indonesia dengan kapsyen berikut:  "Jurujual penipu. Mentang-mentang saya nampak rupa orang luar, dia jual jagung ini 30,000 rupiah. Padahal 5,000 rupiah saja.  "Saya pula beli lebih 10 batang untuk disedekahkan. Siapa pergi Lombok (pernah) kena tipu macam saya?" tulisnya di Instagram.  Bagaimanapun, tampil seorang netizen, Meita Tristiana, memberi teguran yang paling 'deep' untuk penyanyi lagu 'Abang Nak Tegur' berkenaan, malah turut mendapat reaksi positif netizen lain.  "Saya dibesarkan di keluarga yang berbeza agama. Saya memilih Kristian , sementara abang saya memilih Islam.  "Pernah dahulu ketika di zaman sekolah, saya memberi wang saku saya kepada pengemis dan pulang dengan bangga memberitahu perkara itu kepada abang saya dengan berfikir bahawa abang saya pasti suka dan memuji tinda...

'Kuku-kuku dia dah mencakar lantai...'

Masa duduk rumah bujang dulu, kami duduk bertiga. Aku namakan kawan-kawan aku itu Zira dengan Jue sajalah ye. Si Jue ini bekerja di Hospital Kuala Lumpur. Ada satu hari itu, dia balik kerja. Memang kebiasaan kitorang makan malam bersama-sama sambil bersembang-sembang tengok tv kalau tak ada aktiviti dating. Masa makan itu dah perasan mata Jue kemerah-merahan, ingatkan masuk habuk ke apa. Jue sepanjang masa itu diam saja. Tak ada bercakap sangat. Kalau tak, dia memang kepoh. Maghrib itu, Zira saja yang solat sebab aku dengan si Jue period. Jadi kitorang pun tergolek-golek sajalah di katil, melayan perut kekenyangan.  Masa si Jue baring terlentang, tiba-tiba mata dia terbuntang ke atas. Aku dah menjerit ketakutan sebab dia tiba-tiba begitu. Ingatkan sawan. Selepas itu suara Jue bertukar menjadi suara jantan. Aku pun terus melompat dari katil berpelukan dengan si Zira.  Masa ini Jue dah macam dalam keadaan dia nak berlawan dengan 'benda' itu dalam badan dia. Aku cepat-cep...

5 Ciri Lelaki Idaman Nelydia Senrose, Tag Kawan Korang Yang Ada Ciri Ini..

  Adik beradik Senrose merupakan nama yang amat popular di Malaysia. Untuk pengetahuan, Mereka ini juga merupakan sepupu kepada adik beradik Maembong. Salah seorang di antara adik beradik Senrose ialah Nelydia Senrose. Nelydia Senrose mula popular menerusi dramanya berjudul Setia Hujung Nyawa sebagai Ersalina. Namanya terus menjadi sebutan ramai dan kini antara pelakon yang popular di Malaysia. Nelydia Senrose juga seorang artis yang kurang terpalit dengan kontroversi, tidak seperti kakaknya Uqasha Senrose. Sebelum ini, Nelydia Senrose hanya mempunyai seorang kekasih yang di ketahui umum iaitu Qi Razali namun hubungan mereka terputus di tengah jalan. Apabila ditanya tentang jodoh, Nelydia yang baru berumur 23 tahun hanya berserah kepada takdir. Ini komennya: " Nely tidak pernah meletakkan sebarang jangkaan umur untuk berkahwin. Ini kerana Nely percaya berkahwin dan jodoh itu adalah rahsia Allah SWT. " Nely berserah kepada takdir dan dalam masa yang sama Nely...

Ini caranya nak dapatkan kulit flawless dengan hanya menggunakan produk skincare dari Watson

Jika anda mengalami masalah kulit muka berminyak, berjerawat bagai dan sudah puas mencuba pelbagai produk penjagaan kulit muka tetapi malangnya tiada satu pun yang membantu mengatasi masalah itu, mungkin anda boleh cuba mempertimbangkan untuk menggamalkan tips dari wanita ini.  Menurut Ana Misman, kesemua produk penjagaan kulit muka yang dibelinya dari Watson ini di bawah harga RM200. Murah bukan? Bukan sahaja murah tetapi selamat untuk digunakan dan yang paling pentingnya ada kelulusan dari pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).  SEJAK Syafiqah Aina keluarkan produk serum dia itu, ramai gila yang beli. Tahukah anda bahawa, drugstore skincare product sebenarnya ada yang lebih bagus dari local skincare? Here the thread how I can get flawless skin only using drugstore skincare (Watson). Left before, right after. Yup, both are with makeup. Punyalah mengerutu muka dulu sampai parut jerawat dan parut langsung tak boleh tutup. Tak ada edit.  I bought all of this...

(FOTO) Farid Kamil Dan Diana Danielle Keluar Makan Bersama-Sama, Buat Ramai Gembira

Pasangan suami isteri Datuk Farid Kamil dan juga Datin Diana Danielle menjadi sebutan ramai ekoran kes yang melanda pelakon ini. Kes Farid Kamil mengamuk di balai polis dan mengambil bahan terlarang kini sedang disiasat dan bakal dibicarakan tidak lama lagi. Melalui kenyataan adiknya, Fadzil Zahari, Farid Kamil telah menjalani rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya setelah dibebaskan dari tahanan reman. Fadzil Zahari yang juga suami kepada Yana Samsuddin merupakan individu yang paling sibuk dalam menguruskan kes abangnya itu. Ramai yang respect dan memuji dengan tindakan Fadzil Zahari yang amat menjaga ahli keluarganya. Dalam perkembangan terkini, melalui laman media sosial, Fadzil Zahari ada memuatnaik satu foto terbaru tentang Farid Kamil. Fadzil Zahari memuatnaik foto abangnya itu sedang keluar makan tengah hari bersama isterinya Diana Danielle. Turut berada di dalam foto itu ialah keluarga Farid Kamil termasuk bapanya Dato Dr Zahari Che Dan, ibu mereka iaitu ...

'Tak perlu merendahkan pendidikan hanya sebab pendapatan 5-6 angka'

Selalu kita baca atau dengar ada segelintir 'individu berjaya' di luar sana selalu mengungkap kata-kata seperti 'Aku ada SPM je tapi gaji 6 angka' bagi mempengaruhi rakan-rakan atau kenalannya. Tetapi dalam tidak sedar, kata-kata seperti itu hanya akan mempengaruhi orang bahawa usaha mendapatkan pendidikan yang lebih tinggi itu tidak penting atau perlu.  Menggulas mengenai 'trend' yang digunakan kebanyakan 'individu berjaya' ini, lelaki ini berpandangan bahawa orang ramai jangan mudah terpengaruh dan percaya. Lain orang, lain rezekinya dan untuk mendapatkan kejayaan itu anda perlu berusaha, bukannya terpengaruh dengan orang lain melakukan perkara yang sama tetapi bila tidak menjadi, anda yang dilanda penyesalan.  KENAPA orang suka kaitkan latar belakang pendidikan dengan duit hasil pendapatan? Orang ini belajar SPM saja tetapi gaji 10 angka.  Orang ini tak sekolah langsung, tetapi pendapatan 200 angka. Orang ini 'drop out', tetapi pendapat...

'Menangis tak bersuara Furqan menahan sakit'

Gara-gara percaya dan mengikut saja saranan dari mereka yang bukan pakar dalam perubatan, bayi ini yang menjadi mangsa kejahilan ibu bapanya. Namun mujur ibu bapanya cepat tersedar dan membawa bayi mereka ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera.  Bagi si ibu, meskipun anaknya semakin pulih, namun penyesalan di hati masih berbekas dan tidak teringin perkara yang sama berulang. Malah beliau menyeru ibu bapa di luar sana tidak memandai-mandai dalam soal kesihatan bayi yang bimbang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.  TAK TAHU nak share macam mana kisah yang berlaku pada diri sendiri. Tetapi harapnya kisah ini akan dibaca dan diambil pengajaran. Tanggal 26/12/16 lahirlah seorg putera sulung yang dinamakan Muhammad Furqan Muhammad Luqman. Subhanallah, bersih sekali wajah anak tanpa dosa. Hari kedua di rumah, nurse datang cek jaundice baby. Alhamdulilah semua okey. Tapi baby tak berak. Well, parent rasanya dah boleh risau ka...