Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2017

'Kenapa perlu lekat tape di webcam laptop?' Mark Zuckerberg pun buat perkara yang sama dan ini sebabnya...

Kenapa Mark Zuckerberg letak tape pada webcam/mic laptop dia and should you do it too?  Baca sampai bawah untuk tahu sama ada anda adalah sasaran 'hackers' atau tidak. I've been researching about this for two years dan sudah mengalaminya.  Kenapa perlu letak tape di webcam? Ini cebisan kata-kata dari Pengarah FBI, James Comey.  "Saya melekat pita di atas kamera laptop kerana saya melihat seseorang yang lebih pintah daripada saya melekatkannya di kamera laptop mereka." Mereka yang disebutkan itu adalah kumpulan penggodam dan IT Paranoid. Bukti dari Edward Snowden dari NSA, juga adalah satu sebabnya.  Video di bawah adalah salah satu sebab thread ini diwujudkan. Kamera litar tertutup (CCTV) di Malaysia, secara live digodam straight dari Amerika Syarikat. Kasihan kakak Shell itu. Terus ke minit 6.17 untuk rakaman CCTV pekerja Shell Malaysia So video di atas menunjukkan bagaimana dia dapat akses CCTV menggunakan 'open port' IP address. Bay...

Suami kena selalu peluk isteri, ucap 'terima kasih sayang lahirkan anak kita'

Pengorbanan seorang ibu melahirkan anak tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Oleh itu suami perlu menghargai isteri mereka dari awal sehingga lahirnya zuriat kita di dunia. Di saat itu, bermulalah tanggungjawab lelaki bergelar suami dan bapa dalam menjaga si ibu dan bayi. Semoga perkongsian dari Encik Matt ini bermanfaat. MEMANG suami perlu banyak bersama isteri di awal berpantang dan penyusuan. Bukan soal luka bersalin, luka ini akan baik dengan sendiri. Tetapi suami bantu jaga isteri agar emosinya tidak terganggu dan semakin teruk. Bantu isteri ke tandas Bantu isteri banyakkan berjalan Bantu isteri susukan anak Bantu isteri tukar lampin anak Bantu isteri mandi, buang air Bantu isteri makan dan masakkan untuk si dia Sebenarnya ini amalan mak ayah tok nenek kita dahulu. Ayah kita dulu jaga semua adik beradik 12 orang, sentiasa bantu mak sehinggakan suapkan makanan. Ini sifat kasih sayang mak ayah kita didik dan tunjuk kepada kita supaya sayang isteri lebih dari dir...

'Salah saya terlalu manjakan suami sehingga dia ada masa untuk bersayang-sayang dengan janda anak 3'

Ramai yang memuji wanita ini tidak melatah selepas mengetahui suaminya curang dengan seorang janda anak tiga. Sebaliknya si isteri menggunakan pendekatan yang kreatif dan bertindak mempengaruhi akal fikiran suaminya untuk berfikir panjang apakah tindakannya itu akan membawa kepada 'keuntungan' atau kebinasaan yang lebih teruk. ADMIN , terima kasih sebab post cerita saya ini. Sebenarnya sudah lama saya nak berkongsi cerita ini. Tetapi saya menunggu sehingga hati saya benar-benar tenang kerana tidak mahu menulis dalam keadaan marah dan dendam. Tak baik untuk diri saya sendiri.  Saya dan suami telah berkahwin lebih dari 15 tahun, dikurniakan tiga orang anak yang sudah berusia remaja. Suami kerja berpangkat tinggi, saya pun bekerja hebat. Alhamdulillah kami cukup segalanya. Dari mula berkahwin, saya isteri yang terlalu memanjakan suami. Saya buat semua kerja-kerja rumah, membayar bil sehinggalah hantar kereta ke pusat servis.  Senang cerita, suami hanya pergi kerja sahaja....

'Datuk Seri' direman empat hari

KUALA LUMPUR - Lelaki yang bergelar 'Datuk Seri' yang memukul tiga anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) ketika bertugas di sebuah tokong di Jalan Ampang, minggu lalu telah direman selama empat hari bermula hari ini, lapor Harian Metro.  Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali membenarkan tempoh reman itu untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan.  Lelaki berusia 29 tahun itu tampil menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya pada jam 4 petang semalam, sebelum ditahan.  Pada jam 9.30 pagi, lelaki itu hadir ke Mahkamah Ampang dan diiringi anggota polis ke kamar mahkamah pada jam 10.50 untuk prosiding reman sebelum keluar semula pada jam 12 tengah hari.  Dalam kejadian jam 6.30 pagi Jumaat lalu, tiga anggota RELA, Melvin Cheong Mun Khai, 19, Leong Jiun Jie,...

7 kanak-kanak hidup dalam rumah yang kotor, malah turut menemui ulat dalam lampin bayi 18 bulan

NORTH CAROLINA - Satu pasangan telah didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemui tujuh kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumah mereka, termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dengan ulat di dalam lampin, lapor Daily Mail.  Susulan penemuan yang mengejutkan itu pada malam Jumaat lalu, Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka.  Difahamkan, McKnight adalah bapa kepada tiga orang anak, yang selebihnya adalah anak kepada Hiatt.  Pegawai Polis Lexington berkata, ketika pihak kebajikan datang membuat pemeriksaan, mereka menemui tujuh kanak-kanak di bawah umur enam tahun hidup dalam keadaan yang sangat kotor dan tidak sihat.  Kapten Michael Hunt dari Jabatan Polis Lexington berkata, ketika anggotanya masuk ke rumah itu, anggota pegawainya terhidu bau najis dan air kencing yang sangat kuat. Malah, keadaan dalam rumah itu sangat teruk d...

"Jika lelaki tidak mahu bekerja, tinggalkanlah..!! - Nasihat Siti Sarah

Melalui ruangan Instagram miliknya, penyanyi Siti Sarah telah menulis satu caption yang khas buat wanita dan isteri di luar sana. Penyanyi yang juga isteri kepada pelawak popular Shuib Sepahtu ini memberi nasihat yang dikatakan amat berguna kepada para isteri. Memang ada isteri yang buta mata hanya mencintai lelaki walaupun tidak menunaikan tanggungjawab, ada juga sikap isteri yang suka memperlekehkan suami dan tidak menyokong suami. Ada juga isteri yang sering berprasangka kepada suami yang sedang berusaha keras mencari rezeki, dan ada juga suami yang langsung tidak mencari kerja. Nah, ini nasihat Siti Sarah kepada wanita dan isteri di luar sana, sila baca: Jika seseorang lelaki itu tidak bekerja,marahlah..!! Jika ia tidak mendapat pekerjaan,bantulah..!! Jika ia tidak mahu bekerja,tinggalkanlah..!! Jika seorang lelaki memiliki pekerjaan, dukunglah..!! Jika ia lelah kerana kerja, manjakanlah..!! Jika ia berhasil di dalam bekerja, nikamatilah..!! Jika seorang lelaki s...

"Takut Terpesong Akidah" - Kena Hentam Biar Anak Sambut Halloween, Rita Rudaini Mengamuk!

Di negara luar, ketika ini sambutan Halloween sedang di adakan. Antara trademark Halloween ialah memakai kostum 'hantu' atau kostum 'seram'. Di Malaysia ada juga sedikit yang menyambut Halloween. Baru-baru ini, pelakon popular Rita Rudaini ada memuatnaik foto anaknya menyambut Halloween bersama rakan-rakan. Anaknya itu memakai pakaian seperti drakula. manakala ada juga beberapa perhiasan Halloween yang dimuatnaik dekorasi patung tengkorak, labah labah, labu dan juga buah oren. Ini foto anak nya itu menjadi drakula, memang comel habis: Namun selepas foto itu dimuatnaik, ada netizen yang menghentam Rita Rudaini. Sehinggakan ada yang menggelar Rita Rudaini bodoh. Rita ternyata berang dengan komen komen itu dan telah memberi respon balas. Pelakon jelita ini mengatakan banyak akaun fake dibuat semata mata untuk komen di laman IG miliknya. Ada juga yang membezakannya dengan Awal dan Scha ketika menegur. Antara nasihat follower: "Sudah la.. buat m...

'Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak? Which idiot took that course anyway?'

Let me tell you all a story. Saya seorang pelajar diploma jurusan pendidikan awal kanak-kanak di kolej swasta di Kuala Lumpur. Kalau nak ceritakan kelebih ambil course ini mungkin masih tak layak lagi sebab saya baru semester enam daripada lapan semester, baki dua semester lagi. Tetapi saya boleh ceritakan serba sedikit pengalaman diri bila mengambil course ini.  Masa mula-mula ambil course ini dulu memang rasa seperti tak ada halatuju. Rasa macam, 'Eh? Kenapa aku ambil yang ini? Macamlah tak ada course lain.'. Masa itu rasa rendah diri sangat bila tengok kawan-kawan semua ambil course yang besar-besar seperti akaun (saya course akaun semasa tingkatan empat dan lima), ekonomi, medic, engineering semua.  Kadang-kadang rasa menyesal ambil course ini. Orang di sekeliling pun selalu pandang rendah bila dapat tahu saya ambil course ini. Mereka pun selalulah bertanya sambil buat muka sinis.  "Kenapa ambil course itu? Minat budak-budak ke? Nak jadi Cikgu Tadika ke?...

Tak puas hati, lelaki rempuh gerai dengan jentolak

RAWANG, SELANGOR - Pasangan suami isteri lari lintang-pukang sebaik saja mendengar bunyi rempuhan yang kuat, sebelum dimaklumkan oleh pelanggan bahawa gerai makan mereka dirempuh sebuah jentolak, lapor Harian Metro.  Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam kelmarin di Bandar Country Homes Rawang, pemilik gerai, Nini, 44, berkata, gerai makannya dilanggar dengan jentolak yang dipandu oleh seorang individu yang dikenalinya.  "Ketika kejadian, saya sedang sibuk mengemas barang-barang kerana mahu menutup gerai, sambil dibantu oleh suami. Masa itu masih ada seorang pelanggan yang sedang minum.  "Tiba-tiba kami dikejutkan dengan bunyi rempuhan yang kuat di bahagian belakang gerai. Akibat terkejut dengan bunyi itu, saya melarikan diri sebelum pelanggan memaklumkan gerai kami dirempuh jentolak yang dipandu seorang lelaki yang juga penghuni di kawasan kejiranan berhampiran," katanya.  Nini kemudian masuk semula ke gerainya untuk memeriksa keadaan dan mendapati bah...

Lelaki tembak suami kekasih kerana terpengaruh dengan novel kisah cinta 3 segi

KUALA ROMPIN, PAHANG - Seorang lelaki berdepan dengan hukuman gantung sampai mati kerana menembak mati suami kepada kekasihnya dan mengakui berbuat demikian kerana terpengaruh dan terlalu menghayati sebuah novel kisah cinta tiga segi di mana watak yang ditirunya itu sanggup melakukan apa sahaja demi kekasihnya, lapor Sinar Harian.  Bagaimanapun suspek, 28, ditahan di Hentian Rehat dan Rawat (RnR) Tanjung Malim, Perak pada 27 Oktober lalu sekitar jam 1 pagi yang dipercayai dalam perjalanan cuba melarikan diri ke kampungnya di Bedong, Kedah dengan menaiki motosikal. Malah, polis turut merampas buku novel tersebut daripadanya.  Dalam kejadian pada jam 12 tengah malam 24 Oktober lalu di Felda Keratong 2, Muadzam Shah, suspek yang baru menjalinkan hubungan dengan kekasihnya lebih kurang lima bulan bertindak menembak suami kekasihnya, 32, yang berasal dari Acheh dengan satu das tembakan di kepala dalam jarak lima mter menggunakan senapang buatan sendiri.  Difahamkan,...

JPJ, SPAD, Trafik PDRM tolonglah jangan berbudi bahasa dengan lori tayar botak/celup

Lebih 750 nahas yang berlaku di lebuh raya PLUS adalah berpunca dari tayar pecah. Kalau memandu dari utara ke selatan, banyak kesan-kesan tayar lori pecah sama ada pecah tayar belakang, pecah tayar depan bagai. Kadang kala bersepah sisa-sisanya di atas lebuh raya.  Dalam video kemalangan di PLUS Seremban baru-baru ini, tayar hadapan lori yang pecah. Apa punca tayar boleh meletup/pecah? Adakah disebabkan faktor cuaca? Jalan panas? Tayar celup dah uzur? Tayar guna tayar salji import sebab murah dan jimat kos syarikat pengangkutan? Atau dah kena tahan tetapi dilepaskan semula?  Bukan nak menunding jari pada pemandu lori semata-mata, tetapi syarikat lori itu bagaimana? Kawan adik ipar saya meninggal dunia ketika arwah sedang menunggang motosikal dan terlanggar serpihan besar tayar pecah. Ahli konvoi arwah sempat merakam gambar sebelum kereta peronda lebuh raya datang mengalihkan sisa tayar pecah tersebut. Malah ahli konvoi bertegas jangan alihkan dulu sisa taya...