Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2017

Lelaki rogol dan bunuh kanak-kanak 3 tahun ditembak mati dengan AK-47

YAMAN - Seorang lelaki berusia 41 tahun ditembak mati selepas dia didapati bersalah atas tuduhan merogol dan membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun, lapor Daily Mail. Muhammad al-Maghrabi ditembak mati dengan senapang AK-47 di ibu kota Sanaa, Isnin.  Hukuman tembak sampai mati itu disaksi oleh beribu orang awam yang berkumpul di lokasi yang ditetapkan dan Maghrabi terpaksa dibawa ke tempat itu dengan menggunakan sebuah van perisai.  Gambar menunjukkan, Maghrabi ditiarapkan di atas karpet yang diletakkan di atas lantai dengan kedua-dua tangannya yang terikat di belakang badan sebelum seorang askar berdiri di belakangnya melepaskan tembakan.  Hukuman yang dijalankan terhadap Maghrabi itu juga turut disiarkan secara langsung dan orang ramai juga mengambil kesempatan untuk merakam hukuman itu dengan telefon bimbit mereka.  Hukum Syariah adalah sumber dari semua undang-undang di Yaman, menurut laporan Jabatan Luar Negeri, Amerika S...

"Kau Memang Cemar Imej Artis Malaysia!!" - Ini Komen Panas Presiden Seniman, Zed Zaidi Kepada Aliff Aziz

Ini Komen Presiden Seniman, Zed Zaidi Tentang Kes Aliff Aziz Kes panas Aliff Aziz memang menjadi viral pada minggu lepas dan minggu ini. Akhirnya hari ini Aliff Aziz telah bersuara tentang kontroversi yang melanda dirinya. Aliff Aziz telah pun memohon maaf ( BACA SINI ) Memang banyak komen dan pandangan dari orang ramai tentang hal ini. Kali ini presiden Seniman iaitu Zed Zaidi tampil memberi pandangannya tentang isu panas ini. Memang padu komen dari Zed Zaidi kali ini sampai beri warning kepada Aliff Aziz. Ini komen dari Zed Zaidi: (Sumber: Rotikaya) PANDANGAN SENIMAN "Pertamanya dalam industri seni, kita bawa imej. "Kedua ia melibatkan rumahtangga, jadi kita tak boleh nak kacau sangat, cuma saya boleh bagi pandangan dari sudut pandangan saya PANDANGAN ZED ZAIDI "Bagi saya, lu Aliff memang tak gentleman. Sebab sebagai lelaki kena hormati wanita lebih lebih lagi isteri kita yang sentiasa dibelakang kita. ALIFF  CEMAR IMEJ ARTIS MALAYSIA "...

Viral video kes buli, polis panggil 10 pelajar untuk diambil keterangan

KUNAK, SABAH - Video seorang pelajar perempaun di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) di Kunak di belasah sekumpulan pelajar perempuan, viral di media sosial sejak semalam, lapor Harian Metro. Video berdurasi 1 minit 38 saat itu menunjukkan mangsa ditumbuk sebelum beberapa pelajar perempuan yang lain turut campur tangan membelasah mangsa.  Mangsa yang tidak terdaya hanya mampu melindungi kepalanya dengan tangan sebelum terjatuh lalu disepak, dipijak dan ditumbuk bertubi-tubi.  Perakam kemudian meminta kumpulan itu berhenti memukul mangsa dan kedengaran mangsa juga merayu agar masalah di antara mereka diselesaikan secara baik. Malangnya rayuannya tidak diendahkan menyebabkan dia ditampar dan ditumbuk buat kali kedua.  Susulan kejadian itu, ibu mangsa membuat laporan polis sehari selepas kejadian itu berlaku.  Ketua Polis Daerah Superintendan Mohd NAsaruddin M Nasir, mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut dan telah memanggil 10 pelajar serta ibu...

(FULL STATEMENT) Ini Isi Kandungan Penuh Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi

Ini Inipati Press Conference Aliff Aziz Yang Berlangsung Sebentar Tadi Sebentar tadi telah berlangsung press conference dari Aliff Aziz dan juga isterinya tentang kontroversi yang melanda rumah tangganya. Ini isi kandungan press conference tersebut. Tak Pukul/ Belasah -Aliff Aziz menegaskan dia tidak memukul atau membelasah isterinya, Bella Astillah. -Aliff akui berlaku ada berlaku pergelutan. Isteri Tarik Balik Polis Resport -Bella mengesahkan bahawa dia telah menarik balik laporan polis terhadap suaminya dan suaminya dibebaskan dengan jaminan polis. Akui Ke Karoke Bukan Atas Dasar Kerja -Aliff  Aziz akui bahawa di ke pusat hiburan itu bukan atas dasar kerja Buka Mata Dalam Lokap - Aliff akui terbuka matanya ketika berada di dalam lokap. Di dalam sana tiada siapa yang boleh bantunya. Ketika itu dia memahami keadaannya. Aliff muhasabah diri ketika dalam lokap. Bella Isteri Yang Baik - Aliff akui Bella seorang isteri yang baik, tak pernah buat kesalahan. - Bella di...

Bayi meninggal dunia selepas terjatuh di rumah pengasuh

ALOR SETAR, KEDAH - Seorang bayi perempuan meninggal dunia semalam selepas dirawat selama tiga hari di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar, akibat tidak sedarkan diri, dipercayai terjatuh di rumah pengasuh, lapor Harian Metro. Haifa Afrina Mohd Nasri, 15 bulan, disahkan meninggal dunia pada jam 3.40 petang ketika masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSB.  Bapa mangsa, Mohd Nasri Mohd Yusoff, 26, berkata, terdahulu dia menerima mesej pengasuh anaknya di aplikasi WhatsApp yang memaklumkan Haifa Afrina tidak sedarkan diri ketika di rumah pengasuhnya di Padang Serai, Kulim, jam 4 petang, Jumaat lalu.  "Arwah tidak nampak sebarang perubahan atau menangis, cuma ada luka di dahinya. Pengasuh juga ada beritahu anak saya pernah terjatuh, sehari sebelum itu dan luka di dahi kanan.  "Kami menghantarnya ke Hospital Kulim sebelum dipindahkan ke HSB dan dimasukkan ke ICU sebelum disahkan meninggal dunia petang semalam," katanya.  Menurut bapanya yang juga an...

'Rupanya barang penggunaan seharian kita mengandungi paraben yang boleh menyebabkan kanser' - Nurasykin

Pemergian ibu kepada rakan dan juga bekas rakan pejabatnya kerana kanser payudara membuatkan wanita ini tergerak hati untuk mencari maklumat mengenai kanser payudara dan puncanya. Hasil bacaannya di laman web seorang doktor, antara punca kanser payudara adalah paraben. BUNUH DALAM SENYAP Semalam ada kawan saya yang baru saja kematian ibunya akibat dari kanser payudara. Dan dua minggu lalu, bekas rakan sepejabat dah dipotong payudaranya kerana kanser.  Hati saya dah mula rasa bimbang. Terus saya buat kajian untuk mencari punca kanser. Hasil dari carian (sumber blog Dr Zubaidi) mengatakan 99% sampel tisu yang diambil dari pesakit kanser mengandungi Paraben! Hurmm, saya dah mula berpeluh. Terus mencari lagi informasi mengenai paraben dan kesan-kesannya terhadap pengguna.  Paraben adalah sejenis bahan pengawet yang sering digunapakai oleh kilang dalam menghasilkan barangan kosmetik dan alat penjagaan diri kerana iayanya jauh lebih mudah dan murah.  Rupa-rupanya,...

Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya

Itu Semua Palsu, Afifah Nasir Sendiri Mengaku Dan Sahkannya Apabila nama Afifah Nasir sedang rancak menjadi bahan bualan orang ramai, memang banyak orang mengambil kesempatan. PENDEDAHAN  Satu laporan dari portal mStar mendedahkan apabila isu ini menjadi viral, ada pihak telah mewujudkan akaun Facebook palsu yang menggunakan nama Afifah Nasir. Melalui laporan dari portal mStar Online, akaun tersebut diwujudkan sejak bermula kontroversi ini melanda iaitu hari Jumaat lalu dan akaun FB ini memang mendapat tumpuan ramai. Beberapa gambar Afifah yang dimuatnaik memang menjadi viral dan menerima banyak komen-komen dari orang ramai. Di FB tersebut, rata-rata pengikut juga mengambil kesempatan meluahkan perasaan tidak berpuas hati terhadap adik kepada Anzalna Nasir itu. PENGESAHAN AFIFAH Pihak mStar mengatakan mereka ada menghubungi Afifah Nasir dan pelakon baru itu sendiri mengesahkan dia tiada akaun Facebook. Oleh itu semua post tersebut dibuat oleh akaun palsu Afifah ...

"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan Bagi Warning

"Jangan Rembat Laki Orang, Janganlah Siapa-siapa Rembat Zain" - Rozita Che Wan Rozita Che Wan antara selebriti popular di Malaysia. Akhbar Metro ada mengeluarkan cover muka depan bahagia bersuami muda dan Rozita Che Wan berserta suaminya menjadi muka depan. Rozita Che Wan telah membuat kenyataan dengan mengatakan janganlah sesiapa cuba merampas Zain Saidin. Ini komennya: Tiba tiba kluaq pulak cover topik ni Muda atau tua tk penting.. yang penting jangan rembat laki oqang .. betui dak? kita memang la jaga laki kita,tapi syaiton jgk berleluasa..  haqap2 jgn la sapa plk dok rembat laki kami oiiiiii #harianmetro #zsrcw #saparembatlakikamikenasagatmukakatjalanoiiiiii Harap janganlah cuba mengurat Zain Saidin, itulah kata kata sinis Che Ta. Ketika ini telah menjadi viral kisah rumahtangga Aliff Aziz dan Bella Astillah yang mana adik Anzalna iaitu Afifah Nasir dikatakan menjadi orang ketiga.

'Ramai yang tegur kenapa muka jadi begini' - Wanita kongsi 7 produk atasi masalah breakout

Alhamdulillah muka saya dah pulih kembali dari breakout yang teruk sangat. Masih ingat lagi pada masa itu, bangun pagi nak cuci muka.  "Eh? Apa ni, muka kasar-kasar?" Bila tengok cermin, ya Allah. Kenapa muka jadi begini? Di bahagian dahi, naik biji-biji yang ada air bisa. Memang geram, rasa nak kikis saja dahi pada masa itu. Di pipi, biji pasir. Kena tahan diri dari memicit sebab semua itu kuman. Nanti semakin merebak pula jadinya.  Ramai orang tegur kenapa muka jadi begini, sebab sebelum ini memang muka okay. Muka saya mula jadi begini pada bulan Mei sebab alahan terhadap habuk dan pernah juga disebabkan saya tersalah pakai produk.  Alhamdulillah muka saya sembuh pada raya baru-baru ini. Nasib baik, kalau tak raya murung saja muka dengan menghadap breakout ini. Lebih kurang sebulan lebih juga nak pulih kembali.  Sekarang parut dah tinggal merah-merah saja dan adalah jerawat hormon yang naik kadang-kadang. Kalau makan kekacang, naiklah. Tetapi dah tak p...

Belum sempat 'makan luar', suami dicekup bersama pelacur

JIANGXI, CHINA - Seorang lelaki berusia 27 tahun yang sudah berkahwin, ditahan bersama seorang pelacur sebelum sempat melakukan hubungan seks, lapor China Press.  Difahamkan, Sun, 27, sebelum itu sedang menikmati makan malam dengan isteri dan rakan-rakannya pada 26 Julai, Rabu lalu.  Sun yang kehabisan rokok kemudian memaklumkan isterinya bahawa dia mahu pergi ke kedai berhampiran untuk membeli rokok. Dalam perjalanan ke kedai, Sun ternampak seorang pelacur seksi yang sedang menunggu pelanggan.  Tidak dapat mengawal nasfunya yang membuak-buak, Sun membuat keputusan untuk mengambil kesempatan itu untuk melanggan pelacur, sementara isteri dan rakannya masih berada di kedai makan, menunggu dia kembali dari membeli rokok.  Malangnya, hasrat lelaki itu terbantut apabila dia ditahan kerana pada waktu itu sepasukan polis telah datang dan memeriksa hotel berkenaan.  Ketika dalam perjalanan menuju ke bilik di mana pelacur terbabit menunggu, Sun terserempak d...

Remaja dirogol 5 lelaki yang baru kenal di WeChat secara bergilir-gilir

KOTA KINABALU, SABAH - Lima remaja lelaki berusia 13 hingga 18 tahun ditahan dipercayai merogol seorang remaja perempuan 15 tahun secara bergilir-gilir di sebuah bangunan terbiar di Manggatal, lapor Harian Metro. Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, dalam kejadian yang berlaku pada jam 3 petang Rabu lalu, mangsa yang baru mengenali lima remaja lelaki itu melalui aplikasi WeChat tiga minggu lalu, bertemu di sebuah taman.  "Siasatan mendapati mangsa mulanya menemui lima suspek di sebuah taman di Manggatal sebelum suspek terbabit mempelawa mangsa ke sebuah bangunan usang di sekitar Manggatal.  "Mangsa mendakwa dipaksa mengikut suspek ke bangunan terbiar itu dengan berjalan. Ketika dalam perjalanan, mangsa cuba melarikan diri. Namun suspek menghalangnya dan berjanji akan menghantar mangsa pulang ke rumah," katanya.  Bagaimanapun, sebaik saja tiba di bangunan itu, mereka hanya berbual-bual kosong sebelum suspek memaksa mangsa ber...

Buat Pertama Kalinya..Aliff Aziz Buka Mulut Tentang Kontroversi Yang Melanda

Buat Pertama Kalinya..Ini Komen Aliff Aziz Tentang Kontroversi Yang Melanda Aliff Aziz kini menjadi tumpuan ramai tentang kontroversi yang melandanya. Ramai yang tertunggu-tunggu komen dari selebriti dari Singapura ini. Akhirnya Aliff Aziz yang telah dibebaskan dari pihak polis telah membuat komen tentang isu rumah tangganya. Aliff Aziz mengesahkan sudah berdamai dengan isterinya Bella Astillah. Sebaik sahaja dibebaskan atas jaminan polis semalam Aliff Aziz terus berjumpa Bella Astillah dan keluarga mertua. Aliff menjelaskan dia sudah pulang ke rumah sejak semalam untuk bertemu isteri, anak dan keluarga mentuanya dan terus meminta maaf. Bella sekeluarga telah menerima permohonan maaf dari Aliff Aziz. Ini komen Aliff: SAYA MINTA MAAF "Apa saya boleh katakan, ini membabitkan hal rumah tangga kami. Tidak semua yang tular itu betul. Sebagai lelaki, saya berani akui kesilapan diri. Apa saya buat silap, saya mengaku. "Setiap manusia pasti buat salah. Saya da...

'Sambil dukung Yusra, perlahan-lahan dia ke pintu keluar tengok kiri kanan' - Ibu dedah bayinya hampir diculik

Acapkali kes anak-anak kecil dilarikan oleh individu yang tidak dikenali, yang modus operandinya "Tak apa, dukung sekejap". Namun masih ramai ibu bapa yang tidak mengambil iktibar dari kes-kes yang berlaku. Terbaru seorang ibu berkongsi cerita di mana bayinya yang berusia lima bulan hampir dilarikan tiga individu.  LOKASI: KEDAI RM2, MERSING, JOHOR Tengah dukung Yusra sambil menunggu giliran untuk membuat bayaran.  Lelaki: "Alaa, comelnya."  Saya: *Sekadar senyum sahaja..."  Makcik: "Meh makcik dukung, banyak barang nak bawa tu." Saya: "Eh? Tak apa, boleh je. Makcik: "Tak apa, meh pinjam pegang jap. (Terus dia ambil Yusra). Nampak kecil tapi boleh tahan dukungnya. Berapa bulan?"  Saya: "Lima bulan cik. Berat tak sampai enam kilogram pun. Mungkin berat tulang." Makcik: "Duduk mana? Anak baru seorang ni ke? Dia memang tak menangis ye?"  Saya: " Ye, baru seorang ni je. Dia jenis tengok orang, k...