Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2016

Bapa Dera Anak Dah Dijatuhkan Hukuman Penjara 5 Bulan, Tapi Tak Maklumkan Pada Netizen

JOHOR BAHRU - Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan lelaki yang didakwa mencederakan anaknya seperti yang disiarkan oleh Hannah Azzara, telah dijatuhkan hukuman penjara selama lima bulan oleh Mahkamah Majistret Johor Bahru, Khamis lalu, lapor Harian Metro . Beliau berkata, pihaknya menerima laporan polis dari wanita berkenaan pada jam 8.41 malam, 28 Oktober lalu dan pihaknya sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 31 (1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.  Pada jam 1 tengah  hari, 31 Oktober, polis telah menahan suspek yang berusia 37 tahun dan kes itu dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan pada 2 November lalu.  Pada 3 November, bekas suami Hannah Azzara didakwa di Mahkamah Majistret mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan pada kanak-kanak. Lelaki itu mengaku bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara lima bulan oleh mahkamah. Sejak kelmarin, pendedahan Hannah itu viral...

'Rupanya Hari Kebanggaan Kita Tanpa Seorang Ibu Jauh Lebih Menyakitkan'

Jangkaan saya, perjuangan belajar itu terlalu perit. Rupanya hari kebanggaan kita tanpa seorang ibu jauh lebih menyakitkan dan hiba pagi saya hari ini.  I survived 3 years undegraduate lif in IIUM with Bachelor of Human Sc (Political Science) (First Class Honours). Expecting to be graduted in January 2017 instead of January 2016. I managed to anticipate it. Kerana saya mengerti akan harga sebuah derita.  Rasa puas dan bangga dengan apa yang dicapai. Tidak ternilai pengorbanan ibu membesarkan saya dalam sebuah kampung dan kasih ayah yang sentiasa mengutamakan pendidikan.  Masih terbayang kecewanya ibu saya apabila saya gagal Ujian Peta Kajian Tempatan Tahun 5 dan sanggup keluarkan wangnya membelikan peta untuk saya hafal. Ibu saya seorang yang pantang anaknya rendah pengetahuan am.  Hasilnya, hari ini saya berada dalam Sains Sosial seperti minat ibu saya semasa mudanya. Hari ini saya masih melunas amanat impian ibu saya untuk belajar di UIAM. Andai dia masih...

'Suhu Bayi Puan Kerap Meningkat, Kami Risau Kalau Virus Serang Selaput Otak'

Ramai yang bertanya, kenapa dengan baby Aariz. Di sini saya ingin kongsikan, semoga boleh memberi manfaat kepada sesiapa sahaja khususnya pada ibu-ibu yang baru saja melahirkan anak.  Alhamdulillah, 8 Oktober 2016, baby Aariz selamat dilahirkan pada jam 3.04 pagi di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Semua okay, normal dan baby diizinkan pulang bersama ibu ke rumah. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat.  Keesokannya, kelihatan tanda-tanda jaundice (penyakit kuning) mula muncul. Kemudian baby Aariz dimasukkan ke wad SCN di HSNZ untuk prosedur yang duduk di bawah lampu biru itu. Alhamdulillah, hanya ditahan sehari, baby Aariz beransur pulih dari jaundice.  30 Oktober 2016, 22 hari selepas kelahiran, baby Aariz mula menunjukkan tanda-tanda kurang selesa difikirkan kembung atau perubahan biasa. Keesokannya, badan baby Aariz mula panas, suhu 37.7-37.8'c. Tanpa berlengah, saya terus ke Jabatan Kecemasan HSNZ. Doktor cadang baby Aariz masuk wad sekali lagi.  *J...

Kes PU Faiz Cederakan Wanita, PU Rahmat Tampil Dedah Kisah Sebenar

Kes PU Faiz Cederakan Wanita, PU Rahmat Tampil Dedah Kisah Sebenar Sebelum ini kita dikejutkan dengan berita bahawa naib juara Pencetus Ummah, PU Faiz telah mencederakan seorang wanita. Ada juga mengatakan wanita ini merupakan seorang penceramah bebas. Melihat ramai yang ingin mengetahui kes ini, rakan PU Faiz iaitu PU Rahmat telah tampil menceritakan kisah sebenar. Jom baca: (SUMBER: PU RAHMAT ) Kes PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita Seperti yg di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yg sebenar utk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka 1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada2 akhbar. 2) beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh(sebutan kes beliau pada Rabu ini) 3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada “MEMPERTAHANKAN DIRI” kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita i...

Kes PU Faiz Cederakan Wanita, PU Rahmat Dedah Kisah Sebenar..SILA BACA!!

Kes PU Faiz Cederakan Wanita, PU Rahmat Dedah Kisah Sebenar Ini kenyataan dari rakan PU Fazi yang didakwa mencederakan seorang wanita baru-baru ini. Jom baca: (SUMBER: PU RAHMAT) Dakwaan PU Faiz Mencederakan Penceramah Bebas Wanita Seperti yg di dakwa dan kami berhak memperjelaskan keadaan yg sebenar utk tidak melahirkan lagi mulut-mulut puaka 1)Wanita itu BUKAN Penceramah bebas atau Ustazah seperti yg tertulis di dada2 akhbar. 2) beliau datang dan menceroboh ke pusat pengajian kami dan dia juga didakwa kerna menceroboh(sebutan kes beliau pada Rabu ini) 3) Pu Faiz tidak mencederakan atau memukul beliau melainkan lebih kepada "MEMPERTAHANKAN DIRI" kerna cubaan memeluk (menurut saksi) dan berlaku pergelutan yg mengakibatkan kecederaan pada bahagian tangan wanita itu. 4) Wanita itu sering menganggu kami dgn hal rumahtangga beliau(sekarang dah bercerai) dan juga sering menghubungi Pu Faiz utk berjumpa serta ingin melakukan hubungan seks agar melahirkan seorang zu...

(Video) Detik Cemas & Dramatik, Anak Iguana Cuba Selamatkan Diri Dari Menjadi 'Lauk' Sekumpulan Ular

Video seekor anak iguana dikejar sekumpulan ular yang penuh dramatik benar-benar membuatkan para penonton cemas dalam video footage episod pertama program televisyen, Planet Earth II.  Lapor Mirror, ribuan penonton terpegun melihat babak dramatik berkenaan yang dirakam di Pulau Fernandina, dalam Pulau Galapagos.  Difahamkan, ibu iguana berkenaan telah dikejar dan melarikan diri di atas batuan, meninggalkan anaknya yang bersembunyi di dalam pasir.  Anak iguana yang baru dilahirkan kemudian cuba mengikut jejak langkah ibunya dengan memerhatikan keadaan sekeliling terlebih dahulu.  Kemunculan iguana kecil itu mengejutkan sekumpulan ular yang lain. Salah seekor ular tersebut menghampiri anak iguana yang kaku itu dengan perlahan-lahan.  Menurut suara latar video berkenaan, meskipun ular memiliki penglihatan yang tajam, namun mereka tidak mampu mengesan pergerakan. Jika anak iguana itu tidak bergerak, ia mungkin akan selamat dari menjadi mangsa. ...

Nora Danish Minta Selebriti Diberikan Pelepasan Cukai..!

PELAKON jelita Nora Danish meminta pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) untuk mempertimbangkan pelepasan cukai bagi golongan selebriti bagi menampung kos ‘penampilan diri’ yang sinonim dikaitkan dengan golongan yang terlibat dalam industri hiburan tanah air. Ini kerana menurutnya golongan selebriti perlu berbelanja besar untuk kekal cantik dan kacak menawan seperti mana yang dituntut pekerjaan mereka. Memetik laporan sebuah akhbar, Nora berkata, “Bagi saya sebagai rakyat Malaysia memang ini adalah tanggungjawab kita (membayar cukai). Cuma apa yang saya harap ada sikit pelepasan buat selebriti macam kami ini.” “Bukan apa, dalam waktu sekarang kami banyak mengeluarkan wang untuk penampilan diri. “Jadi, ini adalah sebahagian daripada kerja dan ia barangkali boleh dimasukkan sebagai kos kerja kami,” katanya. Masalah cukai di kalangan selebriti mula diberi perhatian selepas pelakon Rozita Che Wan yang disekat ke luar negara gara-gara belum melangsaikan cukai tertunggak, baru-baru ...

Pujukan Diserap Kembali Ke GV3 Menerusi Imuniti Dato Vida, Ini Kenyataan Rasmi Elly Mazlein

Pujukan Diserap Kembali Ke GV3 Menerusi Imuniti Dato Vida, Ini Kenyataan Rasmi Elly Mazlein Selepas tersingkir di Gegar Vaganza minggu ini, nama Elly Mazlein telah menjadi tumpuan ramai. Ramai peminat dan para penonton mahu Elly kembali ke Gegar Vaganza yang boleh menjadi nyata menerusi imuniti Dato Seri Vida. Untuk pengetahuan, Gegar Vaganza musim lalu, Acong menerima imuniti dari Dato Seri Vida dan berjaya ke peringkat final. Menerusi satu temubual, Dato Seri Vida juga telah cuba memujuk Elly Mazlein supaya kembali ke rancangan ini. Dato Vida ada menyuruh Elly pergi berehat tenangkan perasaan dan kembali minggu depan melalui imuniti yang dimilikinya. Ini jawapan Elly tentang tawaran ini: “Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana. “Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini,” Nampaknya Elly Mazlein memang tela...

Datuk 80 Tahun Pecah Tradisi Muncul Di Pentas Peragaan..!!

SEORANG lelaki berstatus datuk memecah tradisi dalam dunia peragaan China apabila mencuri perhatian muncul di pentas peragaan negara itu. Dilahirkan di Shenyang pada 1936, memiliki lapan adik beradik serta bapanya pula seorang tukang masak. Wang Deshun berusia 80 tahun digelar sebagai ‘hottest grandpa’ oleh warga tempatan selepas kelibatnya dilihat ketika Minggu Fesyen China. Meskipun sudah lanjut usia, Deshun yang dahulunya merupakan seorang pelakon turut memiliki sosok badan yang menarik persis lelaki muda. Tahun lalu, pada usia 79 tahun, kemunculan Deshun di Minggu Fesyen China dengan imej berambut panjang warna putih dan tidak berbaju meraih perhatian hebat dan menjadi sensasi di internet. Kemunculan Deshun di acara gilang gemilang itu membuktikan dunia peragaan tidak terbatas oleh had umur. Katanya, seseorang itu mampu untuk merubah hidupnya sebanyak mana mereka mahu selagi matlamat disematkan dalam fikiran. Tambahnya, untuk menjadi seperti hari ini dia telah berusaha se...

'Saya Minta Pelepasan, Bukan Pengecualian Cukai' - Nora Danish Tampil Beri Penjelasan Penuh

KUALA LUMPUR - "Masih ramai yang tidak faham dengan maksud pelepasan dan juga pengecualian," demikian kata Nora Danish yang tampil memberikan penjelasan mengenai temubualnya bersama wartawan Utusan Malaysia yang dikatanya telah dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Menurut Nora, borang cukai artis adalah berbeza dengan borang cukai yang lain. Malah dalam borang cukai artis mempunyai kategori penampilan. "Borang artis juga berbeza dari borang cukai yang lain. Memang ada kategori penampilan. Saya maksudkan bahagian itu dinaikkan peratusannya," kata di laman Instagram.  Nora turut berkongsi komen dari seorang peminatnya, Rozi Abdul Razak, yang memberi penjelasan serba sedikit mengenai isu berkenaan.  "Hanya berapa peratus saja dari kos penampilan diri yang boleh diisytihar, sedangkan itu adalah perbelanjaan paling besar artis. "Sebagai contoh, belanjawan setahun bagi kos penampilan diri adalah RM100,000, artis hanya boleh isytihark...

Tawaran Diserap Kembali Melalui Imuniti Dato Vida, Ini Komen Elly Mazlein

Tawaran Diserap Kembali Melalui Imuniti Dato Vida, Ini Komen Elly Mazlein Selepas Elly Mazlein disingkirkan, ramai pihak yang mahu peserta ini kembali ke Gegar Vaganza menerusi imuniti Dato Seri Vida. Menerusi satu temubual, Dato Seri Vida memujuk Elly supaya kembali ke rancangan ini. Dato Vida ada menyuruh Elly pergi bercuti seminggu dan kembali minggu depan melalui imuniti yang dimilikinya. Ini jawapan Elly tentang hal ini: "Tidak, saya takkan terima walaupun ada kemungkinan diserap masuk ataupun menerusi sistem imuniti daripada penaja. Jika bukan di sini, mungkin rezeki saya ada di luar sana.  "Saya akan teruskan kerjaya nyanyian dan lakonan saya seperti biasa selepas ini," Nampaknya Elly Mazlein memang tidak mahu lagi terlibat dengan rancangan ini. Untuk pengetahuan, tahun lepas, Acong menerima imuniti dari Dato Seri Vida dan berjaya ke peringkat final.

'Saya Minta Pelepasan, Bukan Pengecualian Cukai' - Nora Danish Tampil Beri Penjelasan Penuh

KUALA LUMPUR - "Masih ramai yang tidak faham dengan maksud pelepasan dan juga pengecualian," demikian kata Nora Danish yang tampil memberikan penjelasan mengenai temubualnya bersama wartawan Utusan Malaysia yang dikatanya telah dimanipulasikan oleh pihak tidak bertanggungjawab.  Menurut Nora, borang cukai artis adalah berbeza dengan borang cukai yang lain. Malah dalam borang cukai artis mempunyai kategori penampilan. "Borang artis juga berbeza dari borang cukai yang lain. Memang ada kategori penampilan. Saya maksudkan bahagian itu dinaikkan peratusannya," kata di laman Instagram.  Nora turut berkongsi komen dari seorang peminatnya, Rozi Abdul Razak, yang memberi penjelasan serba sedikit mengenai isu berkenaan.  "Hanya berapa peratus saja dari kos penampilan diri yang boleh diisytihar, sedangkan itu adalah perbelanjaan paling besar artis. "Sebagai contoh, belanjawan setahun bagi kos penampilan diri adalah RM100,000, artis hanya boleh isytihark...

'Beratnya Dugaanmu Nenek..'

Beratnya dugaan wanita warga tua ini. Pemergian orang tersayang tidak mematahkan semangatnya untuk menziarahi pusara mereka setiap hari. Hanya Allah saja yang tahu, betapa rindunya dia pada suami, anak dan cucunya. Sungguh, kasih sayang itu tidak pernah terpadam sehinggalah ke hujung nyawa. ISNIN, 11:00 PAGI, 7 NOVEMBER 2016 Tadi selepas menghantar seseorang di kawasan Klinik Kesihatan Mahmoodiah, saya ayu melihat satu susuk tubuh duduk di pinggir jalan Kubur Mahmoodiah. Entah tak tahu apa yang ditunggu olehnya. Awan kian mendung, seakan mahu hujan. Lalu saya menjemput nenek ini menaiki kereta saya dan bertanyakan ke mana beliau mahu pergi. "Mahu pulang ke rumah, tetapi tiada duit untuk pulang," katanya. Dan saya pun menghantarnya pulang ke rumah. Sepanjang perjalanan itulah dia berkongsi pengalaman hidupnya. Nenek ini kehilangan suami, anak dan cucunya. Hampir setiap hari beliau akan menziarahi pusara arwah suami, anak dan cucunya sendiri. Sungguh besar dug...

'Terkejut Tengok Dia Keluarkan Kemaluannya' - Wanita Dakwa Terima Gangguan Seksual Dari Pemandu Grab

KUALA LUMPUR - Seorang pengguna Grab kongsi pengalaman pahitnya di laman Twitter. Mangsa langsung tidak menyangka lelaki terbabit berani berbuat demikian dan trauma dengan kejadian itu. Mangsa telah membuat aduan pada pihak Grab, namun tiada sebarang tindakan yang akan diambil sekiranya mangsa tidak membuat laporan polis.  Berdasarkan perkongsian rakan mangsa, pemandu Grab terbabit adalah seorang jurutera di sebuah syarikat televisyen swasta. Aduan Evonne 127 Kepada golongan wanita, berhati-hatilah bila menggunakan perkhidmatan teksi, Grab Cars, Uber dan seumpamanya. Hari ini (semalam) saya menggunakan khidmat GrabHitch dan tak sangka ia menjadi satu pengalaman yang amat menjijikkan serta menakutkan. Saya masuk ke dalam kereta Nissan Almera dan pemandu lelaki ini hanya berpakaian singlet dan seluar pendek sahaja. Saya bersangka baik pada waktu itu, mungkin dia bukan profesional. Dia cuba bercakap dengan saya namun saya tak endah walaupun dalam masa yang sama saya sudah ...

(Video) Ibu Bapa Tak Puas Hati, Anak Disuruh Duduk Atas Jalan Kerana Datang Lewat

Foto - Harian Metro KUALA LUMPUR - Tindakan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Dr Ismail mengasingkan pelajar yang datang lewat duduk di atas jalan dalam kawasan sekolah, menimbulkan rasa tidak puas hati Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Datuk Dr Mohd Ali Hassan.  "Sepatutnya beliau (pengetua) guna budi bicara yang tinggi dalam usaha mendisiplinkan pelajar. Aspek psikologi dan emosi pelajar perlu diambil kira dan jangan terlalu fokus untuk mengenakan denda dan sebagainya," katanya selepas melihat beberapa gambar kejadian yang ditunjukkan oleh Harian Metro .  Lapor Harian Metro , petikan video dan ulasan pengetua SMK Taman Tun Dr Ismail itu diterima daripada keluarga pelajar, jam 6 petang, 7 November.  "Saya lihat kejadian itu ketika hendak menghantar anak untuk menduduki hari pertama SPM. Apabila saya bertanya mengapa buat begitu terhadap pelajar, pengetua menyatakan bahawa pelajar yang lewat terpak...

Dikecam Isu Cukai, Ini Respon Nora Danish

KUALA LUMPUR, 7 Nov — Nora Danish mendakwa ada pihak “memutar belit” kenyataannya berhubung saranan pelepasan cukai untuk penggiat seni. Kecewa dipertikaikan orang ramai susulan kenyataannya di sebuah akhbar, pelakon itu juga menegaskan beliau seorang yang patuh membayar cukai. “Isu Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), tidak buat salah pun kena marah. Ini mesti ada yang putar belit penyampaian Nora. “Tidak apa, saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia, Nora akan periksa siapa yang cuba sensasikan berita ini,” kata pelakon filem Gudang Kubur di Instagramnya. Beliau juga memuatkan beberapa hashtag atau kumpulan kata kunci, termasuklah #haruslahbayarcukai dan #sayabayarcukai. ProjekMMO sebelum ini menghubungi seorang pegawai pelakon tersebut tetapi dimaklumkan beliau tidak dapat memberikan ulasan lanjut kerana berada di luar negara. Dalam wawancaranya di Utusan Malaysia, Nora dilaporkan mencadangkan LHDN memberikan pelepasan cukai bagi menampung kos “penampilan diri” untuk sel...

Sekali Tengking Jutaan Sel Otak ROSAK. 7 Bahaya TENGKING Anak Yang Ramai TAK TAHU !!!

Sekali Tengking Jutaan Sel Otak ROSAK. 7 Bahaya TENGKING Anak Yang Ramai TAK TAHU !!! | Ramai ibu bapa mengambil sikap acuh tak acuh dengan sikap yang suka menengking anak bila anak buat salah. Yang lebih teruk lagi sanggup memukul anak tanpa rasa bersalah. Di bawah merupakan 7 bahaya menengking anak berdasarkan satu kajian universiti di Yogyakarta Indonesia. 1. Menengking Boleh Rosakkan Sel Otak Anak Karena tengkingan atau bentakan atau perkataan yang kasar dapat membunuh lebih dari 1 juta sel otak saat itu juga. Dan jika ditambah dengan sebuah pukulan atau cubitan maka akan membunuh lebih dari berjuta-juta sel otak saat itu juga. Akan tetapi sebaliknya, dengan 1 pujian, kehangatan pelukan dan kasih sayang maka akan membangun dengan sangat baik kecerdasan seorang anak… yang membuat perkembangan otak anak yang sangat cepat. Hasil penelitian dari seorang yang bernama Lise Gliot, dia berkesimpulan bahwa pada anak yang masih dalam pertumbuhan, terutama pad...

Tak Mampu Bayar Sewa Ambulans, Pengemis Tolak Mayat Isteri Sejauh 80 Kilometer

HYDERABAD, INDIA - Seorang pengemis terpaksa menolak mayat isterinya menggunakan kereta sorong sejauh 80 kilometer kerana tidak mampu menyewa ambulans untuk membawa mendiang pulang ke kampung untuk dikebumikan, lapor Daily Mail. L Ramulu, 53, berkata, dia dan isterinya, Kavita, 46, pergi ke Hyderabad selepas mendapat tahu ada sebuah agensi bantuan mahu memberikan beras percuma kepada pengemis, Jumaat lalu. Bagaimanapun, ketika baru mendaftar di agensi itu, Kavita yang sudah lama sakit, tiba-tiba meninggal dunia. Menurut Ramulu, pihak hospital mengenakan bayaran Rs5,000 (RM315) untuk perkhidmatan ambulans bagi membawa mayat mendiang pulang ke kampungnya di Sangareddy.  Pada waktu itu, Ramulu hanya mempunyai RM62 sahaja, menyebabkan dia terpaksa membina kereta sorong untuk membawa mayat isterinya pulang ke kampung sejauh 80 kilometer untuk dikebumikan. Namun, setelah lebih kurang 40 kilometer perjalanan, Ramulu rebah dan menangis kerana terlalu penat.  Orang awam men...