Laporan media mengenai seorang pelajar Tingkatan Dua membayar zakat perniagaan sebanyak RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), menarik perhatian pengguna media sosial. Difahamkan, Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustaman merupakan pengasas produk pemakanan tampil menunaikan tanggungjawab itu selepas produk yang diniaganya itu mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan. Anak muda itu menjual produk berkenaan sejak September 2022 melalui aplikasi TikTok dan kini dia telah mengambil alih perniagaan itu sejak Januari. "Saya mula berniaga menerusi TikTok dan agak terkejut dengan sambutan luar biasa daripada pelanggan," katanya. Sejak daripada itu, dia mula mengambil ejen untuk meluaskan lagi 'empayar' perniagaannya. Dalam masa sama ibu bapanya menasihatkan diau ntuk mengeluarkan zakat perniagaan kepada MAIK. Sementara itu, ibunya, Bibi Hasnalinda mengakui dia terharu dengan usaha anaknya itu sehi...
Lelaki yang menyewa sebuah rumah kondominium yang penuh dengan puluhan bangkai kucing sehingga menimbulkan bau busuk, telah ditahan polis untuk membantu siasatan. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, semalam. Suspek akan direman sehingga Selasa depan dan polis kini sedang menjalankan siasatan. Terdahulu, media melaporkan pemilik rumah itu menemui bangkai haiwan dipercayai kucing, termasuk rangka, daging dikisar, organ dipotong ditemui dalam kediaman itu. Pemiliknya sebelum ini menerima aduan daripada penduduk sekitar mengenai bau busuk yang datang dari premis itu. Susulan penemuan mengejutkan itu, pemilik rumah telah membuat laporan polis. Sementara itu, jiran yang ditemubual wartawan mendedahkan, bilangan kucing terbiar di kawasan kondominium itu juga didapati berkurangan sejak kebelakangan ini. Mereka juga memaklumkan suspek ...